DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting
dari biji benih pokok tisu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ianya turut
mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak
daripada Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida)
dan ekstrak daripada dandelion, kunyit dan articok (herba yang membantu
mengekalkan aliran hempedu).
Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan
berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan
otot atau organ jantung. Berbeza dengan hati.
Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh merosakkan hati tetapi hati
mampu memperbaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai industri pemprosesan dalam tubuh
manusia.
Jom kita lihat fungsi-fungsi hati:
1. Rembesan hempedu
Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi
hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu juga perlu
untuk pencernaan lemak; memecahkan lemak menjadi lapisan yang lebih kecil (small globule). Hempedu juga membantu
dalam penyerapan vitamin larut lemak; A,D,E,F,K dan membantu mengasimilasikan
kalsium. Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada vitamin A.
2.
Bertindak sebagai detoksifikasi
Metabolisme protein dan penapaian bakteria
makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati
mengawal metabolisma protein. Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga
menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga,
dadah, alcohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari
buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang baik,
kita juga harus mempunyai fungsi buah pinggang yang baik.
3. Mengawal paras gula dalam darah
Hati menukarkan troksina-hormon tiroid ke
dalam bentuk lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh
menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF (factor toleransi glukosa) dari
kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula
dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan
sebagai glikogen dan kemudian ditukar kembali menjadi gula apabila diperlukan
untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan
insulin.
4.
Penting dalam metabolisma lemak
Organ penting di dalam sintesis asid lemak
dari asid amino dan gula iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein dan
phospholipid serta ketika pengasidan lemak untuk menghasilkan tenaga. Makanan
berlebihan akan ditukarkan menjadi lemak di dalam hati yang kemudiannya
diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.
Hati memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan
seharian kita. Tanggungjawab kita untuk menjaganya agar sentiasa dalam keadaan
baik untuk memastikan tubuh kita sentiasa sihat. Hati bila dah tak dapat berfungsi dengan
baik, satu badan kita akan menerima kesannya.
***Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


No comments:
Post a Comment